Apa yang menarik di Kota Belud?

Gunung Nungkok, Kota Belud


Related image
via wikimapia.org

Terletak dimana?

Gunung Nungkok terletak berhampiran dengan Kampung Tambatuon, Kampung Kaung Ulu, Kota Belud.


Selain nama Nungkok, gunung ini dikenali sebagai Anak Kinabalu, gunung yang terletak di kaki bukit barat Gunung Kinabalu. 

Nama Nungkok diberi oleh orang-orang asli di kampung berdekatan. Kalau berkeinginan melihat secara kasar atau tempat yang terbaik ialah daripada Kota Belud atau di sepanjang perjalanan ke Taman Negara Kinabalu.

Related image

Kalau korang dari Kundasang, Ranau mahupun di Kota Kinabalu, jangan haraplah boleh lihat pemandangan Gunung Nungkok ni.

Jarak Gunung Nungkok dengan Gunung Kinabalu pun dekat. Dalam 10 kilometer sahaja. Gunung 
Wakid, 37 kilometer.

Jika anda kenal Bukit Meninduk Sirung(663 Meter), bukit ni terletak dikaki Gunung Nungkok ini.

Berapa Ketinggiannya?

Ketinggian Gunung Nungkok ni adalah 1652 meter dibawah paras laut.

Sekitar Gunung Nungkok

Image may contain: tree, plant, outdoor, nature and water
Air Terjun "Timbul Tenggelam". Unik betul nama tu hahahaha

Image may contain: sky and outdoor
Ini yang korang dapat bila tiba dipuncak

Image may contain: mountain, sky, outdoor, nature and water
Cantik kan?

Image may contain: plant, outdoor and nature
Bunga Rafflesia

Image may contain: plant, shoes, nature and outdoor
Periuk Kera

Ingin mendaki Gunung Nungkok?

Korang perlu berhubung dengan agen yang telah diberi tanggunjawab sepenuhnya untuk mengatur pendakian ke Gunung Nungkok ini. 

Buat masa sekarang, pendakian ke Gunung Nungkok adalah melalui dari Kampung Tambatuon, Kota Belud.

Agen yang bertanggungjawab adalah :

Kinabalu Express & Tour Sdn . Bhd

Hubungi dengan lebih lanjut DISINI (Mt Nungkok Kota Belud Facebook Page)

Bagi yang nak lihat keindahan Gunung Nungkok ni, boleh ke Facebook ini :

+ Kg Tambatuon
+ Mt Nungkok Kota Belud, Borneo

Powered by Blogger.