BORNEO ANT HOUSE



Bagi yang kebetulan berada di Sabah, korang boleh berkunjung di Borneo Ant House(Rumah Semut). Rumah semut ni terletak berhampiran daerah Tuaran(3km dari bandar), Kampung Kindu. Kalau dari Kota Kinabalu, jaraknya dalam 35km. Bagi yang kebetulan berada di Pekan Cowboy, alang-alang berada di Tuaran, berkunjunglah ke sini.

Sabandar Leisure Rides (Pekan Cowboy) - Borneo Anz House (Lebih kurang 15km)


Diusahakan dan diurus oleh keluarga penduduk tempatan dari Sabah. Mempelawa pelawat untuk mengenali secara lebih dalam mengenai semut, begitu juga etnik-etnik Sabah dan Sarawak.

Apa yang ada di Rumah Semut?

Tarikan utama tempat ni ada tiga galeri:
Pertama - Patung/ukiran semut dan maklumat-maklumatnya.
Kedua - Budaya Bajau, Dusun Lotud, Iban dan orang Bidayuh.
Ketiga - Senjata(Pedang)







Rumah semut dirasmikan oleh YB Datuk Sri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar pada 01 July 2017, menjadikan kawasan ini salah satu tempat tarikan pelancong.



Bermaksud terdapat 8 tempat yang menarik di Tuaran.

Maklumat lengkap bagi yang ingin berkunjung.

Apa yang perlu anda tahu:

+Kadar tertakluk pada perubahan
+Kanak-kanak mesti diiringi oleh orang dewasa(18 tahun keatas)
+Kawasan larangan merokok
.
Waktu Beroperasi:

Buka setiap hari kecuali Hari Jumaat
8.00am - 5.30pm

HARGA TIKET B.A.H (Borneo Ant House) Tuaran ,Sabah



Warganegara Malaysia
* Dewasa: RM 18/pax
* Kanak-kanak (7-12 tahun): RM 9/ pax
* Kanak-kanak (< 7 tahun) : Percuma
* Warga Emas (>60 tahun): RM 9/pax

Pelancong Luar Negara
* Dewasa: RM 36/pax
* Kanak-kanak (7-12 tahun): RM 18/ pax
* Kanak-kanak (< 7tahun) : Percuma
* Warga Emas (>60 tahun): RM 18/pax

Harga untuk OKU
* PERCUMA (sertakan kad OKU yang sah)

Rombongan Sekolah/IPTA/IPTS
* Berhubungan terus dgn Pihak B.A.H
* Harga istimewa

Tour & Travel Agent Berdaftar
* Berhubungan terus dgn Pihak B.A.H
* Harga istimewa

MAKLUMAN PENTING !!!!!

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN ATAU INGIN MENDAPATKAN HARGA SPECIAL/DISKAUN

Jangan ke KAUNTER TIKET!

Boleh terus BERURUSAN SENDIRI ke:

1. OFFICE BORNEO ANT HOUSE atau
2. BERHUBUNG dengan
admin@borneoanthouse.com
📞011-26271373


SUMBER :
https://borneoanthouse.com/
https://www.facebook.com/borneoanthouse/
http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/06/29/sabahs-borneo-ant-house-opens-on-july-1
Powered by Blogger.