Little New Zealand - Thailand

Phu Sandao Resort
Khaem Son, Khao Kho District, Phetchabun 67270, Thailand.


Phu Saen Dao Resort terletak di gunung yang tertinggi di kawasan Khao Kho. Apa yang menarik mengenai resort ni adalah lokasinya. Dikelilingi alam semulajadi, gunung-ganang, dan serba kehijauan. Korang boleh nikmati semua pemandangan tu hanya dari balkoni bilik sahaja.

Bagi yang tercari-cari tempat peranginan yang sangat sejuk dan best, boleh la pertimbangkan tempat ni. Resort terletak di Khao Kho District, Phetchabun, Thailand, dengan 927 meter di atas paras laut, dikelilingi gunung yang kehijauan. Panorama yang sangat cantik. Pagi-pagi lagi dah boleh lihat matahari terbit dari resort ni. 
Tempat makan pun nampak menarik. Seperti makan di atas awan. 

 Matahari terbit disebalik kabus.




Bagi yang ingin bercuti ke sini, resort ni mempunyai 4 jenis bilik. Iaitu :

1. JAMROLL - RM300 - RM400

Katil King size (2 orang)
Maximum penginap 3 orang
Saiz bilik 3.5 x 7 m2
Pemandangan 180 darjah kawasan pergunungan





2. SILVER - RM350 - RM450

Katil 1 King Size dan 1 single bed (3 orang)
Maximum penginap 4 orang
Saiz bilik 3.5 x 7 m2
Pemandangan 180 darjah kawasan pergunungan






3. YELLOW - RM350 - RM450

Katil 3 single beds (3 orang)
Maximum penginap 4 orang
Saiz bilik 3.5 x 7 m2
Pemandangan 180 darjah kawasan pergunungan







4. BLUE - RM300 - RM400

Katil 1 King size (2 orang)
Maximum penginap 4 orang
Saiz bilik 3.5 x 7 m2
Pemandangan 180 darjah kawasan pergunungan







Harga berkemungkinan sentiasa berubah mengikut peak season dan pertukaran wang asing. Tapi kena pandai pilih tarikh, sebab hari biasa waktu bulan disember 2018, dah full book. Memang laku la tempat ni. 



sumber : PhuSandao Resort


Powered by Blogger.